Seorang pekerja pusat asuhan kanak-kanak di Alor Setar ditahan kerana kecuaian sehingga menyebabkan seorang bayi berusia lapan bulan patah tulang lengan.<br /><br />Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian disedari ibu bayi terbabit selepas menjemput anaknya di pusat asuhan itu pada jam 5 petang Khamis lalu.
